Tuesday, October 16, 2012

Nasi Mandhi & Setnya...


Assalamualaikum...

Bersua lagi.... alhamdulillah dipanjangkan umur & diberikan kelapangan untuk update lagi di blog kesayangan ini...
Dah lama rasanya tak masak nasi berperisa sejak2 selepas raya.  Asyik2 dengan nasi putih & lauk pauk..  cuti hujung minggu baru2 ni rajinkan diri masak Nasi Mandhi iaitu nasi arab yang dah lama disimpan resepinya ni... Dah ramai kawan2 yang mencubanya kan.. aku je yang selalu ketinggalan.. hee.. takperlah biar lambat asalkan buat.. sebenarnya tak susah mana pun nak sediakan Nasi Mandhi ni.. cuma seru belum tiba aje.. Nasi ni pada tekak aku sedap. Lebih kurang macam makan nasi minyak juga.. Cuma yang kurang sikit sebab nasi ni tak berkuah.. kalau ada kuah tu... mungkin laju sikitlah makannya tu.. hehe.. mujurlah ada sambal atau sos pencicah ayam sebagai penyedapnya... hehe.. Biasalah kan.. nasi2 Arab ni memang macam ni.. dorang makan kering2 tak berkuah... bukan macam kita kat Malaysia makan nasi ada lauk pauk berkuah bagai.. macam2 jenis pulak tu... hehe... selera masing2 tak sama kan.. Oklah tu.. dah dapat pun merasa Nasi Mandhi.. anak2 kalau nasi berlauk ayam semua pun suka..  Terima kasih kepada empunya resepi iaitu dari blog Resepiraidah & terima kasih juga pada Mamasya yang berkongsi di blog beliau.. minta izin ye kongsi resepi ni kat sini pulak..



Nasi Mandhi
Sumber 1: Blog Resepiraidah 
Sumber 2: Dapur Mamasya

Bahan

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning  (MaDiHaA guna 1/2 sk serbuk kunyit masa menumis & pewarna kuning utk titis pada nasi)
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu (masa ni MaDiHaA masukkan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit). Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. (MaDiHaA tunggu nasi betul2 masak baru digembur)

Nota dapur Mamasya

*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap. (MaDiHaA pun sama juga.. skip langkah 3 sebab kat rumah takde arang.. hee)




Ayam Bakar (Nasi) Mandhi
Sumber 1: Blog Resepiraidah
Sumber 2: Dapur Mamasya

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada, gantikn dgn rempah campuran ) -letak rempah kari & rempah kurma
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning - tak letak tp lebihkan serbuk kunyit
Aluminium foil.
Sedikit butter (ini MaDiHaA tambah)

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. (MaDiHaA letakkan sedikit butter di atas ayam tersebut) Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

 
nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.





 
Sos/Sambal:
1 biji tomato ~ hiris (separuh MaDiHaA biarkan dipotong dadu & campur kemudian selepas dikisar)
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris (guna 4 biji cili merah + 15 biji cili padi)
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus- tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi (MaDiHaA guna limau nipis)

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. (MaDiHaA berulamkan timun & kacang botor)


Selamat mencuba!

14 comments:

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kak. ratah nasi je pon best ni

Norzie hany said...

Sedapnya Madiha....saya belum pernah buat sendiri lagi,selalu makan nasi arab ni di luar.

lieyalatif said...

ya Allah kak...terus telan air liur tgk pic satu2 nieh...sedapnye la haiiiiii....nampak nasi tu gebus berurai satu2 ....betul2 nampak sedap nie.....

Mamasya said...

Aslmkum Ratna.pjg molek beras basmati tu.....nampak cantik nasinya.aa nasi ni mcm nasi minyak rasanya. makanan Arab mmg biasa tak berkuah...kalau kita nak juga mkn dg kuahkan baru laju ngunyah.

Mamasya said...

lupa nak ucap t,kasih resepi daging hitam...sedap.

Amie said...

Bilalah kita nak buat nasi mandhi ni ye Madiha... bila tengok di sini macam teringinlah pulak, lagilah bila nampak samnal sos 7 ulam-ulamannya tu..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah! sedap tu Ratna... kena simpan resepi ni... bila kerajinan boleh buat .. :D

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam k. madiha
rajinnya,meyelerakan, kalu ank dara sy sukalah ni mcm nasi beriyani kan, mesti laju je makan
ayam pun nampak sedappp sgt tu

Saya Disini said...

sedpnye..siap dgn ulam...mmg selera sy ni

EmbunRosaliza said...

assalam madhi, sedapnya nasi mandhi, oh bg akk la nasi mcm nii kalo ada kuah kari atau dalca lagi terangkat kan, tapi nak buat macam mana dh set dia mkn kering begitu. terliur ni

Qasey Honey said...

slm kak Madihaa cyggg...

sedapnya kak nasi mandhi tu...dh lama xmkn...nk buat sdri takut xjadi la pulak...hehe

suka la tgk kaler nasi yg cntik tu...ayam tu pon nmpk sedap..nk amik resepi ye..kot2 la mak QH leh try nti..haha

QA's ~ mamapapa said...

wah,mcm sedap je..nti nk try buat sendirila :) jmput follow kmbali,ye :)

Unknown said...

kak madi cantik nasi kak..teringat sampai termimpi2 malam tadi..akan zila try...

Anonymous said...

ooohhh sedapnya, terasa nak buat, terima kasih yer...bagi resepi, semoga diberkati Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...