Wednesday, June 22, 2011

Telur Ikan Goreng Kari

Assalamualaikum...

Resepi ringkas & update pun nak cepat aje ni.... sibuk sikit tadi... petang nanti kalau kelapangan update lagi ye....

Ok.. resepi seperti di bawah.. resepi agak2 saja...


Telur Ikan Goreng Kari
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
400 gm telur ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukupnya
3 sudu besar serbuk kari
Daun kari secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 tumbuk
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2 Menyediakan
Cuci telur ikan & tos kering.  Gaul telur ikan bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari & bahan2 tumbuk. Perap selama 10 minit.  Goreng telur ikan dengan api sederhana ditaburi daun kari sehingga garing. Angkat & tos.  Saring rempah gorengan & tos. Tabur di atas telur ikan tadi & sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

5 comments:

  1. sedap nie
    nak tumpang makan kat rumah kak ratna...

    ReplyDelete
  2. everytime pegi kedai mamak, this is one of the must dish yg akan ada dalam pinggan hubby. thank you for sharing the recipe. i'll cook this for him, one of these sundays :D

    ReplyDelete
  3. salam kak..sedapnye telur goreng kari nih.. memang keje meratah jer klo dpt kat saye..ehehe

    ReplyDelete
  4. Susah juga nak jumpa telur ikan besar cam ni.

    ReplyDelete
  5. telur ikan.. feberet. tp da lama xmkn.. nk ckit bole??

    ReplyDelete